Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 108 individu ditahan kes dadah di Meradong, 101 positif syabu
  • JENAYAH

108 individu ditahan kes dadah di Meradong, 101 positif syabu

Utusan Sarawak 2 hours ago
KPD Meradong, DSP Tansli Mering. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Sebanyak 108 tangkapan berkaitan dadah direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Meradong sepanjang Ops Tapis Khas Narkotik sejak Januari hingga November 2025 melibatkan tiga kategori kesalahan utama.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata daripada jumlah itu, satu tangkapan melibatkan pengedar, enam tangkapan pemilikan dadah, manakala 101 individu ditahan selepas ujian air kencing didapati positif dadah.

Katanya, tangkapan tersebut melibatkan suspek dari daerah lain dan juga penduduk tempatan, namun sebahagian besar kes melibatkan tangkapan urin dalam kalangan warga tempatan di Meradong sendiri.

“Semua tangkapan melibatkan dadah jenis syabu,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Mengulas cabaran operasi, Tansli mengakui aspek kekangan tenaga kerja dan logistik masih menjadi isu, namun pihaknya berusaha menanganinya sebaik mungkin demi memastikan usaha membanteras dadah dapat diteruskan secara berkesan.

Dalam masa yang sama, beliau menasihati masyarakat agar tidak melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dadah sama ada sebagai pengedar mahupun pengguna.

“Pihak polis akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang terlibat dengan dadah. 

“Kami juga memohon kepada ibu bapa untuk pantau pergerakan dan pergaulan anak-anak,” tegasnya.

Pada masa sama, masyarakat turut digesa membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki cuba curi kabel ditahan polis
Next: Op Tapis Narkotik: 177 individu ditahan sepanjang November di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.