Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 104 warga Indonesia ditahan, serbuan kilang kayu di Tatau
  • JENAYAH

104 warga Indonesia ditahan, serbuan kilang kayu di Tatau

Utusan Sarawak 4 hours ago
TEWAS… Sebahagian daripada 104 PATI yang ditahan oleh JIM Sarawak dalam Operasi Bersepadu di Bintulu, Tatau, awal pagi tadi. Foto Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak

BINTULU: Seramai 104 warga Indonesia telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menerusi Operasi Bersepadu di Tatau, awal pagi tadi.

Menahan itu adalah terdiri daripada 27 lelaki, 72 wanita dan lima kanak-kanak yang dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan atau permit kerja yang sah.

Menurut kenyataan JIM Sarawak hari ini, turut ditahan ialah pengurus kilang warga tempatan yang disyaki menggaji pekerja asing tanpa kebenaran.

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut bagi mengenal pasti rangkaian penglibatan dan pelanggaran undang-undang berkaitan penggajian tidak sah.

TEWAS… Sebahagian daripada 104 PATI yang ditahan oleh JIM Sarawak dalam Operasi Bersepadu di Bintulu, Tatau, awal pagi tadi. Foto Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak

“Operasi itu telah diadakan di kilang memproses kayu dan papan lapis di Tatau.

“Operasi sebagai meneruskan tindakan tegas terhadap majikan yang menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI),” kata kenyataan itu.

Tambahnya, operasi telah diketuai oleh Unit Pemantauan Keselamatan dan Penguatkuasaan (UPKP) dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Bahagian Bintulu, Sri Aman dan Sarikei itu digerakkan hasil maklumat risikan serta melibatkan seramai 29 pegawai penguat kuasa.

“Serbuan telah bermula 2.00 pagi dan membawa kepada penahanan 104 warga Indonesia terdiri daripada 27 lelaki, 72 wanita dan 5 kanak-kanak.

“Kesemua tahanan disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Mereka telah dibawa ke Pejabat Imigresen Bintulu bagi proses dokumentasi sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen untuk tindakan lanjut,” jelasnya lagi.

TEWAS… Sebahagian daripada 104 PATI yang ditahan oleh JIM Sarawak dalam Operasi Bersepadu di Bintulu, Tatau, awal pagi tadi. Foto Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak

Katanya, operasi ini mendedahkan amalan penggajian warga asing tanpa izin yang berleluasa di premis tersebut serta tahap ketidakpatuhan majikan terhadap peraturan imigresen yang ditetapkan.

“Operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dan menunjukkan komitmen berterusan JIM Sarawak dalam memperkukuh penguatkuasaan bagi memastikan kawalan imigresen berada pada tahap tertinggi.

“Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras kemasukan serta penggajian PATI, sekali gus menjamin kedaulatan dan keselamatan negara terus terpelihara,” tegasnya.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lima lelaki ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.