Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 104 projek pembangunan bernilai RM205 juta sedang dilaksana di DUN Kabong
  • Selatan
  • WILAYAH

104 projek pembangunan bernilai RM205 juta sedang dilaksana di DUN Kabong

Utusan Sarawak 12 hours ago
Dato Mohd Chee Kadir sedang mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek DUN Kabong di Pejabat Residen Bahagian Betong, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

BETONG: Sebanyak 104 projek pembangunan bernilai RM205 juta keseluruhan sedang giat dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong, melibatkan pelbagai agensi pelaksana negeri.

Perkara itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Projek DUN Kabong yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir di Pejabat Residen Bahagian Betong, hari ini.

Antara pecahan projek mengikut agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) sebanyak 37 buah, Jabatan Pertanian (31), Majlis Daerah Saratok (25), Jabatan Pengairan dan Saliran (8).

Dato Mohd Chee Kadir sedang mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek DUN Kabong di Pejabat Residen Bahagian Betong, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Sementara itu, satu projek masing-masing oleh Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), dan Lembaga Pembangunan Sago dan Nipah (SNDB).

Chee Kadir menegaskan, setiap agensi pelaksana mesti memacu koordinasi, elak kelewatan dan memastikan projek siap dengan kualiti tinggi serta impak langsung kepada rakyat.

“Setiap sen peruntukan ini adalah amanah rakyat. Kita mahu pelaksanaan tepat masa, berkualiti, dan benar-benar memberi manfaat kepada komuniti,” tegasnya.

Selain itu, mesyuarat tersebut turut memfokuskan projek berimpak tinggi seperti menaik taraf kemudahan asas, prasarana pertanian, jaringan jalan raya, serta kemudahan rekreasi dan sukan bagi merancakkan ekonomi Kabong.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program masakan pastri perkukuh silaturahim antara Perkep dan Kemas Samarahan
Next: RM50,000 untuk 5 PIBG di Marudi, lebih RM1 juta Projek Luar Bandar diusahakan sejak 2016

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.