Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 104 peserta tamat Program PLF, LEADS dan PLFV2.0 anjuran KEMAS
  • Tengah
  • WILAYAH

104 peserta tamat Program PLF, LEADS dan PLFV2.0 anjuran KEMAS

Utusan Sarawak 6 days ago
ANUGERAH…..ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyerahkan hadiah Anugerah Peserta Contoh kepada penerima.
 

BINTANGOR: Seramai 104 peserta berjaya menamatkan pengajian di bawah Program Graduasi Kelas Pendidikan Literasi Fungsian (PLF), Pendidikan Literasi Kemahiran Dewasa (LEADS) dan Pendidikan Literasi Fungsian Versi 2.0 (PLFV2.0) anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Sarikei. 

Hadir untuk merasmikan majlis penutupan program tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

ANUGERAH…..ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyerahkan hadiah Anugerah Peserta Contoh kepada penerima.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa teruja dengan sambutan majlis yang penuh harmoni dan bersemangat, selain menyanjung tinggi kejayaan para peserta serta komitmen pihak penganjur.

“Kejayaan ini bukan sahaja penamat fasa pembelajaran, malah ia menjadi permulaan dalam menghadapi kehidupan yang lebih mencabar dan bermakna. 

“Program sebegini memberi impak besar dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kualiti hidup masyarakat luar bandar, sekali gus memacu mereka ke arah kehidupan yang lebih maju dan berdaya saing.

UNTUK ALBUM…..Para peserta serta tetemu jemputan bergambar bersama Datuk Ding Kuong Hiing. 
 

“Saya berharap usaha ini akan diteruskan dan diperkasakan demi kesejahteraan bersama,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan program tersebut, baru-baru ini. 

Koung Hiing turut berharap agar lebih banyak kelas dianjurkan di kawasan Meradong, termasuk kelas buta huruf, kelas kemahiran seperti masakan, jahitan serta program jangkauan pusat sumber bagi membuka peluang lebih luas kepada masyarakat.

“Manfaatkan segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh untuk meningkatkan taraf hidup. 

“Saya memberi sokongan penuh terhadap sebarang inisiatif pembukaan kelas-kelas baharu yang mampu memperkasa komuniti kita,” katanya.

Turut hadir Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Meradong, Ting Kai Siang, Pegawai KEMAS Bahagian Sarikei, Wan Zairul Wan Zin, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Meradong, Kaunselor Samsawi Mohamad, Ketua Wanita PBB Meradong, Kaunselor Dayang Rajemah Abang Adeng, Ketua Pemuda PBB Meradong, Kaunselor Khairulddin Qalam Daud serta Penghulu Abang Hashim Abang Solhi.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Huang umum peruntukan RM50,000 untuk Persatuan Klan Chen
Next: 185 warga SMK Meradong sertai program kesedaran awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.