MIRI: Jumlah penyertaan bagi kategori 12 tahun ke bawah yang memberangsangkan bakal menunjukkan persaingan sengit antara pemain golf muda baharu yang akan bertanding buat pertama kali di pantai Sarawak.
Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Sarawak Ke-22 Piala Perdana Sarawak 2022 yang kini kembali setelah dua tahun tertangguh ekoran pandemik Covid-19 dengan penyertaan seramai 58 lelaki dan 46 perempuan akan bersaing bakal menempah nama.
Menerusi kenyataan media Persatuan Golf Sarawak, kejohanan tersebut akan berlangsung di Eastwood Valley Golf and Country Club di sini, menyaksikan perlawanan dari lapan negara termasuk Malaysia.
“Acara tahun ini dibuka kepada pemain golf amatur remaja tempatan dan antarabangsa yang bertanding dalam empat kategori berbeza iaitu kategori A (umur 15 hingga 17 tahun), B (13 hingga 14 tahun), C (12 tahun ke bawah) dan Khas kategori (18 hingga 21 tahun),” kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu lagi, jumlah penyertaan yang diterima untuk acara tahun ini adalah dari Pakistan, India, Thailand, Vietnam, Filipina, Cina Taipei, Singapura, Indonesia, Brunei Darulsalam, tuan rumah Malaysia yang diwakili junior dari Sabah dan Sarawak.
Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) juga telah mencalonkan empat pemain remaja mereka untuk bertanding dalam kategori Khas Perempuan, A dan C dalam acara tiga hari itu.
Acara tahun ini disokong Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) dan diluluskan Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan Persatuan Golf Amatur Dunia manakala Eastwood Valley Golf and Country Club adalah penaja tempat rasmi kejohanan.