Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 1,038 penduduk telah jalani ujian calitan
  • TEMPATAN

1,038 penduduk telah jalani ujian calitan

Utusan Sarawak 4 years ago
KESAN KONTAK RAPAT… Proses Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) di Kampung Asajaya Laut dan Kampung Asajaya Tengah di Asajaya, semalam.

ASAJAYA: Seramai kira-kira 1,038 penduduk telah menjalani ujian calitan di kawasan Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) bagi Covid-19 iaitu di Kampung Asajaya Laut dan Kampung Asajaya Tengah, di sini semalam. 

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang memaklumkan bahawa pihaknya sedang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perkembangan dan keperluan di kawasan terbabit. 

“Pihak kami akan mengambil maklum perkembangan terkini ACD di Asajaya dan akan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku setelah usaha pengesanan berakhir. 

“ACD ini dijangka selesai pada petang esok (hari ini) apabila kesemua penduduk dari tiga buah kampung termasuklah Kampung Asajaya Ulu dan Lot Asajaya Ulu berjaya disaring,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial media, semalam. 

Sementara itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang ACD ini berlangsung. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua penduduk terutamanya Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di ketiga-tiga kampung berkenaan kerana memberikan kerjasama penuh kepada petugas barisan hadapan sepanjang ACD berlangsung.

“Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 130 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada pihak Polis, APM, RELA, Majlis Perbandaran Kota Samarahan dan petugas kesihatan yang bertungkus lumus menjayakan ACD ini,” jelasnya lagi.

Ujarnya, situasi sebenar wabak Covid-19 dijangka akan diketahui setelah ACD ditamatkan hari ini dan beliau berharap kesemua penduduk dilindungi daripada wabak yang berbahaya ini.

Oleh AKMAL ADIB YUSUP

Continue Reading

Previous: Fasa kedua vaksinasi bermula April
Next: GPS tunai janji tingkat kehidupan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.