Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 10,330 vesel nelayan terima subsidi diesel sehingga Oktober lepas
  • NASIONAL

10,330 vesel nelayan terima subsidi diesel sehingga Oktober lepas

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika sesi soal jawab lisan sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10,330 vesel nelayan telah menerima subsidi diesel sehingga Oktober 2025 di bawah kuota Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan yang diteruskan kerajaan bagi memastikan kelangsungan sektor perikanan serta kestabilan bekalan ikan negara.

 Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bagi tahun ini, kuota diesel bersubsidi sebanyak 70 juta liter sebulan diluluskan pada kadar RM1.65 seliter, dengan jumlah keseluruhan diesel bersubsidi yang disalurkan mencecah 532.75 juta liter, melibatkan nilai subsidi sebanyak RM669 juta.

“Bagi Sabah, seramai 1,455 pemilik vesel menerima subsidi diesel berjumlah 86.6 juta liter bernilai RM116.5 juta pada 2025. Manakala pada 2026, peruntukan sebanyak 10 juta liter sebulan akan diberikan, yang memberi manfaat kepada kumpulan nelayan yang sama,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Mohamad menjawab pertanyaan Senator Datuk Bobbey Suan yang ingin mengetahui nilai keseluruhan subsidi minyak diesel yang diperuntukkan, termasuk kepada nelayan di Sabah.

Beliau berkata jumlah peruntukan dan kuota berkenaan akan dikekalkan bagi tahun hadapan, dengan pelaksanaan subsidi dibuat berdasarkan kuota, kadar penggunaan minyak yang ditetapkan serta tuntutan penggunaan sebenar oleh nelayan yang telah disahkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Bagi mengelakkan ketirisan, beliau berkata kementerian sedang memperkukuh mekanisme kawalan, termasuk peralihan berperingkat kepada penggunaan aplikasi mudah alih seperti pengecaman muka bagi pengesahan penerima subsidi, selain menambah baik kaedah sedia ada di kawasan yang menghadapi kekangan capaian internet.

Sementara itu, Mohamad berkata kerajaan tidak menetapkan mana-mana negeri atau kawasan tertentu sebagai pengeluar khusus bahan makanan, sebaliknya mengambil pendekatan fleksibel berdasarkan kesesuaian cuaca, muka bumi serta keupayaan pengusaha pertanian di sesuatu kawasan.

“Setakat ini kita tidak mengkhususkan negeri atau kawasan tertentu untuk mengeluarkan bahan makanan tertentu. Kita mengikut kemampuan dan inisiatif pengusaha, manakala kerajaan berperanan membantu. Tidaklah seperti di Kedah hanya padi dan tidak boleh mengeluarkan bahan lain,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Rita Sarimah Patrick Insol yang ingin mengetahui perancangan kementerian dalam membangunkan beberapa kawasan di setiap negeri sebagai bakul makanan menggunakan teknologi moden.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tujuh menteri, lapan timbalan menteri selesai angkat sumpah
Next: Tiada dana disalah guna, Marhamah hanya gerakkan kempen Justice for Zara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.