Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 102 pemohon belum tuntut surat
  • TEMPATAN

102 pemohon belum tuntut surat

Utusan Sarawak 3 years ago

KENANGAN… Dato’ Sri Fatimah Abdullah merakamkan gambar bersama enam penerima Surat Keputusan Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di Miri, semalam.

MIRI: Seramai 102 pemohon kewarganegaraan Malaysia yang berjaya di Sarawak masih belum menuntut Surat Kelulusan Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan sejak 2012.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, pemohon yang berjaya ini tidak menjawab surat rasmi yang telah dihantar memaklumkan permohonan taraf kewarganegaraan mereka telah diluluskan.

“Ia akan menjadi satu usaha yang sia-sia dan kerugian besar kepada pemohon yang berjaya ini yang memohon dan menunggu, tetapi tidak datang dan mengambil surat kelulusan permohonan mereka.

“Oleh itu, kami akan menambah baik sistem pangkalan data kami, dilengkapi dengan semua butiran termasuk alamat terakhir dan nombor telefon serta status permohonan supaya dapat menyelaraskan tugas dengan lebih baik antara kementerian dan ketua masyarakat di setiap daerah di seluruh Sarawak untuk mengesan mereka.

“Kami juga menggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memberikan kami salinan surat itu bagi memudahkan proses pengesanan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Keputusan Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang diadakan di sini, semalam.

Pada majlis tersebut, Fatimah menyampaikan surat keputusan permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan kepada enam anak Sarawak yang tinggal di sekitar Miri.

“Terdapat 14 orang yang telah mendapat kelulusan Menteri Dalam Negeri, namun yang dapat hadir untuk menerima surat masing-masing hari ini hanya enam orang,” katanya.

Terdahulu, Fatimah turut menghadiri mesyuarat kali ketiga Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) sejak ia ditubuhkan.

Beliau memberitahu,dalam mesyuarat berkenaan sebanyak 73 permohonan dibentangkan kepada jawatankuasa dan daripada jumlah tersebut 45 permohonan daripada kategori anak tidak sah taraf, 15 permohonan daripada kategori anak jagaan dan 13 permohonan daripada kategori anak angkat.

“Kesemua 145 permohonan yang telah dibentangkan dan mendapat syor daripada jawatankuasa ini pada mesyuarat yang lalu telah diangkat oleh pihak urusetia jawatankuasa itu kepada pengurusan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mendapatkan pertimbangan keputusan Menteri Dalam Negeri,” katanya.

Fatimah turut memaklumkan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Rosey Yunus danTimbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Mohamad Fauzi Md Isa merupakan ahli-ahli baru Mesyuarat yang dipersetujui Menteri Dalam Negeri.

“Saya berharap dengan kehadiran ahli-ahli baru JKKSK ini dapat meningkatkan lagi keberkesanan jawatankuasa ini,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: KDNKA Bukit Aman anjur program pemantapan
Next: Program ‘Bah Bedebat 2022’ meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.