Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 1,005 majikan ditahan kerana mengaji, lindungi pendatang tanpa izin
  • JENAYAH

1,005 majikan ditahan kerana mengaji, lindungi pendatang tanpa izin

Utusan Sarawak 18 hours ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan 1,005 majikan kerana disyaki menggaji atau melindungi pendatang tanpa izin dalam tempoh 1 Januari hingga 3 Julai tahun ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata mereka yang ditahan terdiri daripada majikan pelbagai sektor termasuk restoran, kilang dan kedai.

“Kebanyakan majikan yang ditahan adalah warga tempatan yang melindungi warga asing tanpa pas atau permit sah.

“Sehingga Julai ini, kita telah mencapai 70 peratus Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan dan saya percaya menjelang akhir tahun, kita mampu melepasi sasaran tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Larian JIM Kuala Lumpur (IMI KL Run) dan program Hari Bertemu Pelanggan di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.

Zakaria berkata dalam tempoh sama, JIM telah melaksanakan 6,913 operasi di seluruh negara melibatkan pemeriksaan terhadap 97,322 warga asing, dengan 26,320 tangkapan dilakukan kerana disyaki melanggar undang-undang imigresen.

“Kita akan terus mempergiatkan usaha ini dan tidak akan berkompromi atau membiarkan pendatang tanpa izin berleluasa seperti yang digambarkan oleh segelintir masyarakat,” katanya.

Zakaria berkata dalam tempoh sama, JIM telah melaksanakan 6,913 operasi di seluruh negara melibatkan pemeriksaan terhadap 97,322 warga asing, dengan 26,320 tangkapan dilakukan kerana disyaki melanggar undang-undang imigresen.

“Kita akan terus mempergiatkan usaha ini dan tidak akan berkompromi atau membiarkan pendatang tanpa izin berleluasa seperti yang digambarkan oleh segelintir masyarakat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata program hari ini yang disertai lebih 800 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat akan diteruskan bagi mengetengahkan peranan JIM dan merapatkan hubungan jabatan itu dengan masyarakat.

Acara larian tersebut melibatkan dua kategori iaitu lima dan 10 kilometer melalui laluan sekitar Pejabat Imigresen Kuala Lumpur.– Bernama

Continue Reading

Previous: Man in Bintulu scammed of RM600,000 in fake investment
Next: Penceramah bebas disiasat kes sebar video seks isteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.