Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 10,000 sertai perarakan Maulidur Rasul Sarawak
  • TEMPATAN

10,000 sertai perarakan Maulidur Rasul Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago

SEBANYAK 209 kontinjen menyertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Sarawak 1447 Hijrah hari ini.

KUCHING: Perarakan Maulidur Rasul peringkat Sarawak 1447 Hijrah hari ini melibatkan kira-kira 10,000 peserta daripada 209 kontinjen, yang berjalan sejauh tiga kilometer di pusat bandar raya ini.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengetuai perarakan yang bermula dari Padang Merdeka, turut disertai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof.

Menurut penganjur, penyertaan pada tahun ini merangkumi pelbagai kategori meliputi jabatan kerajaan negeri, agensi persekutuan, pihak berkuasa tempatan, institusi pengajian tinggi, sekolah, badan beruniform, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan, pertubuhan serta sekolah rendah kebangsaan.

Secara keseluruhan, Kategori A (Jabatan Kerajaan Negeri) menghimpunkan 8 kontinjen dengan 370 peserta, Kategori B (Agensi Persekutuan) disertai 34 kontinjen dengan 1,376 peserta, Kategori C (Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun) melibatkan 25 kontinjen dengan 1,079 peserta, manakala Kategori D (Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta) menyaksikan 34 kontinjen dengan 1,500 peserta.

Sementara itu, Kategori E (Sekolah Menengah dan Sekolah Agama) menjadi kumpulan terbesar dengan 108 kontinjen membabitkan seramai 5,207 peserta.

Kategori F (JKKK, Persatuan, Kelab dan Pertubuhan) pula menghimpunkan 43 kontinjen dengan lebih 1,600 peserta, diikuti Kategori J (Sekolah Kebangsaan Tahun 4–6) seramai 733 peserta daripada 12 kontinjen.

Sambutan yang meriah dengan paluan selawat, pancaragam sekolah serta penyertaan masyarakat pelbagai lapisan itu mencerminkan kesatuan ummah serta kecintaan umat Islam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Tema sambutan tahun ini, ‘Ummah Maju Makmur’, turut menjadi penegasan pemimpin negeri supaya nilai akhlak dan ilmu pengetahuan dijadikan teras dalam membina Sarawak yang harmoni serta sejahtera. Oleh Shikin Mahmud


Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sambutan Maulidur Rasul teguhkan kecintaan kepada Rasulullah SAW
Next: Tradisi unik ‘tukar palak kuih’ serikan Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Sebandi Ulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.