Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 1,000 pelajar Sarawak terima sumbangan `Jangkauan Komuniti MADANI Bank Rakyat’
  • SEMASA

1,000 pelajar Sarawak terima sumbangan `Jangkauan Komuniti MADANI Bank Rakyat’

Utusan Sarawak 4 months ago

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick (berdiri, tengah) bersama penerima program Jangkauan Komuniti MADANI Bank Rakyat: Kembali Ke Sekolah di Jabatan Pendidikan Sarawak, Kuching, hari ini. - Foto ihsan FB Ewon Benedick Official Media

KUCHING: Bank Rakyat memperuntukkan sumbangan RM100,000 kepada 1,000 pelajar dari 45 sekolah di negeri ini melalui program Jangkauan Komuniti MADANI Bank Rakyat: Kembali Ke Sekolah yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Sarawak.

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di Jabatan Pendidikan negeri di sini hari ini.

Ewon dalam ucapannya menyatakan sokongan terhadap program berkenaan dan menggalakkan lebih banyak inisiatif kerjasama antara sektor awam, swasta dan masyarakat untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam memastikan tiada yang tercicir daripada menerima pendidikan berkualiti.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan Bank Rakyat atas pelaksanaan program ini yang mencerminkan komitmen tinggi Bank Rakyat dalam memberi sumbangan positif kepada masyarakat, termasuk di luar bandar,” katanya.

Bank Rakyat dalam kenyataan memaklumkan inisiatif ini memanfaatkan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan di sekitar daerah Kuching, Lundu, Bau dan Padawan bertujuan memberikan keceriaan kepada mereka sebelum sesi persekolahan baharu bermula.

Sebagai sebahagian daripada usaha kebajikan, Bank Rakyat turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah di sini.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata inisiatif ini bukan sekadar menyalurkan bantuan material tetapi juga untuk mengangkat martabat golongan memerlukan dan memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam mencapai kejayaan.

“Bank Rakyat akan terus memastikan setiap program dan inisiatif kami memberi manfaat yang berpanjangan. Kami percaya bahawa dengan mendukung nilai-nilai tanggungjawab sosial ini, kami dapat membantu membina masyarakat yang lebih sejahtera dan berdaya saing,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Sektor Pembangunan Murid) Jabatan Pendidikan Sarawak, Zamzaitul Akmal Hisham Ahmad menzahirkan penghargaan kepada Bank Rakyat atas keprihatinan membantu memperkasakan pendidikan pelajar kurang berkemampuan, khususnya di luar bandar.

“Inisiatif Bank Rakyat hari ini merupakan antara usaha yang signifikan, bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan keperluan anak-anak yang masih bersekolah, tetapi juga terhadap perkembangan pendidikan pelajar,” katanya.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Perutusan: Sarawak bakal jadi pusat penerbangan serantau berdaya saing – Abang Johari
Next: Usaha lebih bersepadu perlu untuk banteras vandalisme – Julaihi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.