Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 100 topi keledar, 1,000 bubur lambuk ringankan beban penduduk
  • TEMPATAN

100 topi keledar, 1,000 bubur lambuk ringankan beban penduduk

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, menyampaikan sumbangan 100 topi keledar serta 1,000 bekas bubur lambuk kepada orang ramai di Stesen Minyak Petronas Ulu Bintawa, Kuching, petang ini. Foto Shahrul Qaizat

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, menyampaikan sumbangan 100 topi keledar serta 1,000 bekas bubur lambuk kepada orang ramai di Stesen Minyak Petronas Ulu Bintawa, di sini, petang ini.

Program berkenaan dianjurkan bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Yayasan Kebajikan Negara Malaysia sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat bagi membantu golongan memerlukan, khususnya keluarga muda dan penduduk kampung sekitar.

Nancy berkata, sumbangan topi keledar itu merupakan antara usaha memastikan keselamatan penunggang motosikal, terutama mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli kelengkapan keselamatan sendiri.

“Ini peluang terbaik untuk mereka mendapatkan topi keledar yang selamat digunakan. Kita beri keutamaan kepada keluarga muda dan juga warga emas dari kawasan kampung yang mungkin kurang mampu,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut.

wMENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, menyampaikan sumbangan 100 topi keledar serta 1,000 bekas bubur lambuk kepada orang ramai di Stesen Minyak Petronas Ulu Bintawa, Kuching, petang ini. Foto Shahrul Qaizat

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Santubong itu turut merakamkan penghargaan kepada Petronas atas komitmen berterusan dalam membantu masyarakat melalui penajaan dan sumbangan di Sarawak.

“Alhamdulillah, apabila Petronas tampil dengan sumbangan seperti ini, ia benar-benar meringankan beban rakyat. Kita mengalu-alukan dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan di kawasan lain pada masa akan datang,” ujarnya.

Selain pengagihan 100 topi keledar dan 1,000 bubur lambuk, orang ramai turut menerima kurma serta pelbagai hadiah lain sempena program tersebut, sekali gus menceriakan suasana dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti setempat.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Mi goreng, nasi lemak Malaysia tawan hati warga Cebu
Next: JKM terus pantau kanak-kanak cedera selepas kejadian kes dera di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.