Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 100 terbunuh, tragedi letupan di Beirut
  • GLOBAL

100 terbunuh, tragedi letupan di Beirut

Utusan Sarawak 5 years ago

Firefighters douse a blaze at the scene of an explosion at the port of Lebanon's capital Beirut on August 4, 2020. - Two huge explosion rocked the Lebanese capital Beirut, wounding dozens of people, shaking buildings and sending huge plumes of smoke billowing into the sky. Lebanese media carried images of people trapped under rubble, some bloodied, after the massive explosions, the cause of which was not immediately known. (Photo by STR / AFP)

MENYELAMAT… Pasukan bomba sedang memindahkan seorang mangsa cedera terkena letupan di pelabuhan Beirut kelmarin. • Foto AFP

BEIRUT: Dua letupan dahsyat petang kelmarin yang menggegarkan Beirut pada sehingga mengakibatkan kira-kira 100 orang dilaporkan terbunuh setakat ini, manakala lebih 4,000 cedera, menurut Pertubuhan Palang Merah Lubnan semalam dan didakwa berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu,

Dalam kejadian kira-kira jam 6.00 petang waktu tempatan (1610 GMT), letupan itu bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu malah impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi letupan dengan kepulan asap hitam tebal dapat dilihat sejauh kira-kira 10 kilometer.

Letupan di kawasan pelabuhan ibu kota itu dengan gegaran kuat juga boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer (km) daripada lokasi kejadian.

Letupan tersebut juga dipercayai turut memusnahkan kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri yang dilihat mengalami kerosakan teruk.

Terdapat juga rakaman dari pelabuhan menunjukkan kerosakan besar pada bangunan dan kereta, serta orang yang cedera dalam letupan itu.

Perdana Menteri, Hassan Diab mengatakan bahawa mereka yang bertanggungjawab menyebabkan dua letupan kuat sehingga menggegarkan ibu kota Beirut tidak akan terlepas dan akan ‘menerima balasan’.

Beliau turut memberi jaminan kerajaan akan membawa mereka yang bertanggungjawab terhadap dua letupan besar di pelabuhan Beirut, yang mengorbankan lebih 70 orang dan mencederakan ribuan orang ke muka pengadilan.

Presiden Lubnan, Michel Aoun turut memanggil mesyuarat tergempar majlis pertahanan dan mengisytiharkan Beirut kini dalam keadaan kecemasan sambil mendesak kabinet mengumumkan darurat di bandar raya itu selama dua minggu.

Majlis itu juga mendesak kabinet memperuntukkan dana untuk hospital serta menghubungi semua negara sahabat bagi mendapatkan sokongan bagi mewujudkan tabung bantuan untuk memberi ganti rugi kepada mangsa terjejas .

Banyak negara menyatakan solidariti dan simpati dengan kejadian itu, yang memberi tamparan hebat ketika negara berkenaan turut bergelut dengan penularan wabak Covid-19 dan krisis ekonomi.

Antara yang menyuarakan simpati dan menyampaikan ucapan takziah ialah Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif, Kementerian Luar Negeri Turki, Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi, Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye. – AFP

Continue Reading

Previous: Penggodam curi dokumen rahsia AS-UK
Next: Sekatan diperketat, kematian cecah 700,000 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.