Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 100 kotak air minuman disalur ke SK Gran Stumbin, ringankan beban warga sekolah
  • Tengah
  • WILAYAH

100 kotak air minuman disalur ke SK Gran Stumbin, ringankan beban warga sekolah

Utusan Sarawak 10 hours ago
SEBANYAK 100 kotak air minuman disalurkan ke SK Gran Stumbin bagi membantu mengatasi gangguan bekalan air yang dihadapi ketika ini. Foto: ADUN Lingga

LINGGA: Kebajikan warga sekolah terus menjadi keutamaan apabila sebanyak 100 kotak air minuman disalurkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Gran Stumbin bagi membantu mengatasi gangguan bekalan air yang dihadapi ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan keperluan asas masyarakat, khususnya institusi pendidikan, sentiasa diberi perhatian.

Menurut beliau, sumbangan berkenaan dilaksanakan menerusi kerjasama antara Saberkas Cawangan Lingga dan Pusat Khidmat N.28 Lingga yang komited membantu komuniti setempat.

Katanya, sekolah merupakan antara institusi penting yang perlu diberi keutamaan terutama apabila berdepan situasi gangguan bekalan air yang boleh menjejaskan proses pembelajaran.

SEBANYAK 100 kotak air minuman disalurkan ke SK Gran Stumbin bagi membantu mengatasi gangguan bekalan air yang dihadapi ketika ini. Foto: ADUN Lingga

“Sebanyak 100 kotak air minuman telah diagihkan kepada SK Gran Stumbin melibatkan 80 kotak untuk kegunaan sekolah dan 20 kotak lagi untuk prasekolah,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, bantuan tersebut diharap dapat memberi kelegaan kepada warga sekolah termasuk guru, kakitangan dan murid dalam meneruskan aktiviti harian mereka.

Pada masa sama, Dayang Noorazah turut menegaskan komitmennya untuk terus memastikan kebajikan rakyat di kawasan DUN Lingga sentiasa terpelihara.

Menurutnya, pihaknya sentiasa peka terhadap keperluan komuniti setempat dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu meringankan beban yang dihadapi

Beliau turut berharap agar sumbangan itu dapat membantu memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif.

“Inilah komitmen berterusan kami dalam memastikan setiap keperluan rakyat, termasuk institusi pendidikan, sentiasa diberi perhatian dan diutamakan,” katanya lagi.

Sumbangan yang disalurkan itu juga memperlihatkan kerjasama erat antara pelbagai pihak dalam membantu komuniti, sekali gus memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam menghadapi cabaran semasa.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: SMK Saratok cipta sejarah, catat keputusan SPM terbaik dengan GPS 4.65
Next: Tradisi kunjung-mengunjung sempena Aidilfitri kukuhkan perpaduan penduduk Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.