Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga Pakistan jual karpet antara 10 ditahan dalam Ops Pintu
  • JENAYAH

Warga Pakistan jual karpet antara 10 ditahan dalam Ops Pintu

Utusan Sarawak 8 hours ago
TAHAN… Sebahagian daripada 10 orang lelaki yang ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dalam OPS PINTU di beberapa lokasi rumah sewa tidak bernombor di sekitar Pujut, Lutong dan Bekenu, Bahagian Miri. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

MIRI: Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS) menahan 10 lelaki warga asing atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

JIMS dalam satu kenyataan hari ini menyatakan mereka terdiri daripada sembilan warganegara Pakistan dan seorang warganegara Indonesia.

Mereka ditahan dalam serbuan bersepadu Ops Pintu di beberapa lokasi rumah sewa tidak bernombor di sekitar Pujut, Lutong dan Bekenu, di sini.

Operasi dijalankan oleh Unit Pemantauan Kawalan dan Penguatkuasaan (UPKP), dengan kerjasama Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) iaitu sebuah unit penguatkuasa kerajaan negeri.

“Operasi ini digerakkan dengan kekuatan 14 anggota pelbagai pangkat. Gerakan operasi ini adalah hasil risikan intensif selama seminggu oleh pegawai UPKP.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati individu yang ditahan ini dipercayai menjalankan aktiviti sebagai ‘peniaga bergerak’ dengan menawarkan perkhidmatan menjual pelbagai barangan seperti karpet dan sebagainya kepada penduduk sekitar kawasan tersebut.

“Aktiviti yang dijalankan ini, banyak juga menerima rungutan daripada rakyat setempat,” katanya.

JABATAN Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS) menahan 10 lelaki warga asing atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Foto JIMS

Hasil operasi bersepadu yang dijalankan, seramai 30 individu telah diperiksa.

Kesemua mereka disyaki melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, iaitu gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah ketika diperiksa.

Kesemua suspek telah dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bekenu, untuk tahanan dan siasatan selanjutanya.

JIMS akan terus komited dalam melaksanakan operasi secara berterusan bagi membanteras kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Menurut kenyataan itu lagi, usaha ini dilaksanakan bukan sahaja demi memelihara keselamatan dan kedaulatan negara, tetapi juga bagi memastikan kesejahteraan, ketenteraman dan keharmonian semua lapisan masyarakat terus terpelihara, tegasnya.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suri rumah di Sibu rugi RM447,300 terjerat pelaburan tidak wujud
Next: Sarawak PGA Brigade achieves major success in operations, says ACP Rosdi Inai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.