
NEW DELHI: Sepuluh anggota tentera India maut apabila kenderaan mereka terjunam ke dalam gaung di Jammu dan Kashmir, hari ini.
Mereka dalam perjalanan untuk satu operasi apabila kemalangan berlaku di Khani Top, daerah Doda, lapor media tempatan.
“Sangat sedih dengan kemalangan jalan raya tragis di Doda yang mengakibatkan kita kehilangan 10 anggota tentera India yang berani. Ucapan takziah saya yang ikhlas kepada keluarga mangsa,” kata Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh, dalam satu catatan di X.
Seramai 10 lagi tentera dilaporkan cedera dalam kemalangan itu.
-Bernama