Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 10 tapak PMR 2025 Sarikei dikenal pasti, fokus baik pulih jalan dan kemudahan asas
  • Tengah
  • WILAYAH

10 tapak PMR 2025 Sarikei dikenal pasti, fokus baik pulih jalan dan kemudahan asas

Utusan Sarawak 1 day ago
TINJAUAN…..Kakitangan Pusat Khidmat Parlimen P.208 Sarikei selaku wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menjalankan tinjauan ke tapak projek PMR 2025.

BINTANGOR: Sebanyak 10 tapak Projek Mesra Rakyat (PMR) 2025 di bawah Parlimen P.208 Sarikei telah dikenal pasti untuk pelaksanaan kerja baik pulih dan pembinaan jalan konkrit serta kemudahan asas lain yang bakal memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat.

Tinjauan ke semua tapak projek tersebut telah dijalankan semalam oleh kakitangan Pusat Khidmat Parlimen P.208 Sarikei, mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Menurut Huang, pelaksanaan projek-projek itu mencerminkan komitmen berterusan beliau dalam memperkasakan kemudahan asas di kawasan luar bandar.

“Kita sentiasa komited memastikan rakyat mendapat akses kepada jalan yang lebih selamat, selesa dan sesuai untuk keperluan harian, termasuk ke sekolah, rumah ibadat dan kebun.

Beliau berkata, tinjauan itu penting bagi memastikan setiap projek yang dicadangkan menepati keperluan penduduk dan boleh dilaksanakan dengan baik.

Antara kawasan terlibat ialah Jalan Arak Sulai dan Jalan Christopher Berai di Sungai Meramat, Jalan Sing Ling di Sungai Meradong, Jalan Yii Ung King, Jalan Sheng En di Sungai Mador, serta Jalan Ulu Meradong di Bakong.

Turut ditinjau ialah projek di Kampung Darul Falah membabitkan baik pulih laluan planwalk dan naik taraf Jalan Hashim, selain Jalan Tak Sing Lama di kawasan KJD serta halaman konkrit di Rumah Liman Ubak, Sungai Kesa.

“Kesemua projek ini dijangka memberi impak positif terhadap mobiliti penduduk, khususnya dalam menghubungkan kawasan kediaman dengan kemudahan asas, sekali gus merangsang pembangunan komuniti setempat,” katanya.

Huang turut merakamkan penghargaan kepada ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) serta penduduk atas kerjasama mereka dalam membantu mempercepatkan pelaksanaan projek.

Turut hadir dalam tinjauan berkenaan ialah Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei, Ismawadi Iman.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: 42 pertubuhan di DUN Krian terima peruntukan MRP RM272,000
Next: APM Saratok bertindak pantas alih pokok tumbang di Jalan Simpang Paip

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.