Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 10 sedang berhibur bersama GRO ditahan
  • NASIONAL

10 sedang berhibur bersama GRO ditahan

Utusan Sarawak 5 years ago

PETALING JAYA, 16 Mei -- Anggota Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Umar Abdulsalam Fakarol Rozi (kiri) dan Nur Muhamad Hazrullah Ab Ahmid menerbangkan drone bagi memantau keadaan kawasan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Othman hari ini. Kawasan itu menjadi kawasan terbaharu yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berkuatkuasa mulai 10 Mei hingga 23 Mei dan melibatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan di kawasan berkenaan. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

ANGGOTA Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Umar Abdulsalam Fakarol Rozi (kiri) dan Nur Muhamad Hazrullah Ab Ahmid menerbangkan drone bagi memantau keadaan kawasan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Othman semalam. Kawasan itu menjadi kawasan terbaharu yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berkuat kuasa mulai 10 Mei hingga 23 Mei dan melibatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan di kawasan berkenaan.•Foto BERNAMA

BUTTERWORTH: Polis menahan 10 individu warga tempatan dan empat wanita Vietnam   dipercayai pelayan pelanggan (GRO) sedang berhibur di sebuah bangunan pejabat yang dijadikan tempat berhibur kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam serbuan di Taman Industri, Sungai Lokan di sini tengah malam Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, sepasukan polis yang sedang menjalankan tugas pemantauan pematuhan PKPB di kawasan itu pukul 12.30 tengah malam Jummat lepas mendapati premis itu telah dijadikan pusat hiburan, sedangkan masih dalam tempoh PKPB.

“Serbuan ke premis itu   mendapati terdapat sembilan lelaki dan seorang wanita tempatan serta empat perempuan Vietnam sedang berhibur di situ bersama minuman keras dan muzik turut dimainkan di dalam pusat hiburan tersebut,” katanya di sini semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati premis itu   beroperasi tanpa permit perniagaan yang sah dan dipercayai ia milik seorang daripada lelaki yang ditahan itu.

Beliau berkata, kesemua individu tempatan itu berumur   40   hingga 67 tahun manakala empat wanita Vietnam yang berumur 25   hingga 28 tahun   didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah dan dipercayai masuk menggunakan pas lawatan sebelum bekerja sebagai GRO   di premis hiburan terbabit. – BERNAMA  

Continue Reading

Previous: Guru dituntut perkasa pengajaran dalam talian
Next: Muhammad Sanusi MB Kedah ke-14

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.