Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 10 PPS ditutup, banjir semakin pulih
  • TEMPATAN

10 PPS ditutup, banjir semakin pulih

Utusan Sarawak 12 hours ago
ANTARA pusat pemindahan sementara di Sarawak yang ditutup selepas keadaan banjir beransur pulih di beberapa kawasan terjejas. Foto APM Sarawak

KUCHING: Situasi banjir di Sarawak menunjukkan perkembangan positif apabila 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup sepenuhnya setakat 3.00 petang tadi, susulan keadaan banjir yang semakin pulih di beberapa kawasan terjejas.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, penutupan PPS melibatkan kawasan di Simunjan, Siburan dan Serian, selepas paras air dilaporkan surut serta selamat untuk penduduk kembali ke kediaman masing-masing.

“Di Simunjan, PPS Dewan Mesra Simunjan ditutup pada 9.00 pagi, manakala Dewan Masyarakat Gedong ditutup pada 12.00 tengah hari.

“Sementara itu, enam PPS di Siburan ditutup serentak pada 2.00 petang, melibatkan Dewan Serbaguna Taman Duran Emas, Dewan Serbaguna Batu Gong Baru, Dewan Serbaguna Kampung Kerumboi, SK St. Peter Simpok, Dewan Serbaguna Kampung Mundai serta Balai Raya Kampung Reteh Mawang,” katanya dalam kenyataan.

Di Serian, PPS Depo Balai Ringin dan Balai Raya Ensebang Padang Bilon turut ditutup pada 2.00 petang selepas keadaan banjir di kawasan tersebut beransur pulih.

Sebelum ini, beberapa kawasan di Sarawak terjejas banjir susulan hujan berterusan sempena Monsun Timur Laut, menyebabkan limpahan sungai dan pembukaan puluhan PPS bagi menempatkan penduduk terjejas, khususnya di Bahagian Serian, Samarahan dan Siburan.

Walaupun penutupan PPS menunjukkan trend pemindahan mangsa semakin menurun, pihak berkuasa memaklumkan pemantauan masih diteruskan, terutama di kawasan rendah dan berhampiran sungai, berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Orang ramai dinasihatkan supaya kekal berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku perubahan mendadak paras air.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Pusat San Seng Tong jadi hab pendidikan, kebudayaan masyarakat Sarawak
Next: Arca ‘Lucky Cat’ ceriakan landskap di Kuching Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.