Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 10 PPS aktif, 1,196 mangsa banjir dipindahkan di tiga bahagian
  • TEMPATAN

10 PPS aktif, 1,196 mangsa banjir dipindahkan di tiga bahagian

Utusan Sarawak 4 hours ago
MANGSA banjir Kampung Rantau Panjang di PPS SJK Chung Hua, hari ini.

KUCHING: Situasi banjir di Sarawak setakat 11.00 pagi ini menyaksikan seramai 1,196 mangsa daripada 300 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dipindahkan ke 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih aktif melibatkan tiga bahagian iaitu Kuching, Samarahan dan Limbang.

Bahagian Kuching mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan seramai 1,134 mangsa daripada 285 KIR dipindahkan ke lapan PPS. 

Antara PPS yang beroperasi ialah Dewan Masyarakat Stapok yang menempatkan 178 mangsa daripada 45 KIR, Dewan Sinar Budi seramai 252 mangsa daripada 52 KIR serta Surau Ar Rahman Kampung Sungai Batu yang menempatkan 58 mangsa daripada 13 KIR.

Turut beroperasi ialah Surau Nurul Najhin Kampung Stapok dengan 55 mangsa daripada 18 KIR, Dewan Serbaguna Taman Malihah seramai 168 mangsa daripada 47 KIR, SJK Chung Hua Sungai Tengah yang menempatkan 179 mangsa daripada 49 KIR serta SJK Chung Hua Batu Kawa dengan 203 mangsa daripada 52 KIR.

MANGSA banjir Kampung Suruk Iban di PPS Dewan Surau Nurul Najhin, Stapok hari ini.

 Selain itu, PPS Masjid Darul Istiqlaal Kampung Sungai Maong merekodkan seramai 41 mangsa daripada sembilan KIR dan masih dalam proses pendaftaran melalui Sistem Info Bencana.

Di Bahagian Samarahan, PPS Dewan Suarah Samarahan menempatkan seramai 23 mangsa daripada lapan KIR, manakala di Bahagian Limbang, seramai 39 mangsa daripada tujuh KIR ditempatkan di Dewan Masyarakat Trusan.

Menurut laporan terkini, trend pemindahan mangsa ke PPS menunjukkan peningkatan berikutan keadaan cuaca dan paras air yang masih membimbangkan di beberapa kawasan rendah. 

Pihak berkuasa juga sedang giat memastikan semua mangsa mendaftar dalam Sistem Info Bencana bagi tujuan penyelarasan bantuan serta pengurusan data yang lebih tepat.

Setakat ini, pendaftaran dalam sistem tersebut merekodkan seramai 1,000 mangsa daripada 307 KIR di Kuching, manakala Samarahan merekodkan 23 mangsa daripada lapan KIR. Di Limbang pula, seramai 37 mangsa daripada 11 KIR telah direkodkan dan proses kemas kini masih dijalankan.

Orang ramai di kawasan berisiko dinasihatkan supaya berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke PPS berhampiran sekiranya diarahkan demi keselamatan bersama.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Rezeki musim tengkujuh, Kedai Kopi Joo Seng tetap dipenuhi pelanggan
Next: Daftar di PPS syarat mudahkan agihan bantuan banjir – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.