Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 10 politeknik dinaik taraf, pendidikan percuma diperluas – PM
  • PENDIDIKAN

10 politeknik dinaik taraf, pendidikan percuma diperluas – PM

Utusan Sarawak 4 hours ago
Foto fail facebook Politeknik Kuching Sarawak

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini merangka Akta Politeknik dan Kolej Komuniti serta merancang untuk menaik taraf 10 politeknik secara berterusan dalam proses reformasi sektor pendidikan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan juga dalam usaha memperluas akses pendidikan percuma serta menstruktur semula program prauniversiti sebagai langkah memodenkan sistem pendidikan negara dalam mendepani era digital dan kecerdasan buatan (AI).

“Kementerian sedang merangka Akta Politeknik dan Kolej Komuniti dan 10 politeknik akan dinaik taraf secara berterusan sepanjang tempoh perancangan pendidikan ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Anwar turut mengulangi komitmen kerajaan terhadap penyediaan pendidikan percuma yang telah direncanakan sejak awal merangkumi Tahun Satu hingga Tingkatan Enam selain pemberian elaun khas kepada pelajar.

“Kita telah sasarkan daripada awal keperluan merencana pendidikan percuma… sekarang daripada Tahun Satu hingga Tingkatan Enam adalah percuma termasuk elaun khas untuk pelajar.

“Dua tahun lepas, kita beri RM100 untuk beli buku… tahun lépas saya arahkan pula supaya guru diberikan peruntukan untuk membeli buku bagi menggalakkan budaya membaca,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata minat membaca yang semakin merosot bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia, dan kerajaan perlu mengambil langkah lebih agresif.

“Budaya membaca atau budaya iqra’ semakin luntur… kita mesti latih anak-anak membaca buku teks, buku pilihan atau novel kerana semua pakar pendidikan dunia bersetuju bahawa minat membaca sedang merosot,” katanya.

Anwar turut mengumumkan peningkatan besar dalam agenda pendidikan percuma kerajaan membabitkan pelajar pendidikan tinggi.

“Dalam Belanjawan yang lalu, sekitar 5,800 pelajar miskin tegar diberikan pendidikan percuma… hari ini, saya umumkan jumlah itu akan ditingkatkan kepada 10,000 pelajar kategori miskin melalui bantuan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional),” katanya.

Pada masa sama, beliau mengumumkan bahawa kira-kira 3,000 pelajar orang kurang upaya (OKU) di institusi pengajian tinggi awam, politeknik dan kolej komuniti akan menerima pendidikan percuma yang berkuat kuasa serta-merta.

Pelan pendidikan baharu yang dilancarkan Perdana Menteri hari ini membabitkan dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Terdahulu, Anwar menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan pelan itu adalah reformasi pendidikan demi masa depan anak-anak yang lebih adil, berdaya saing dan berakar pada nilai agar mereka berpeluang membina kehidupan yang bermakna serta bermaruah.

RPN diterajui bersama oleh KPT (menerusi RPTM) manakala KPM menerajui Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

Pelaksanaan RPTM 2026-2035 dan RPM 2026-2035 secara bersepadu di bawah RPN 2026-2035 mencerminkan keselarasan dasar pendidikan negara yang menyeluruh dan berfasa bagi memastikan kesinambungan pembangunan modal insan daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.- Bernama

Continue Reading

Previous: Mata Pelajaran perlembagaan, Sejarah Malaysia wajib dalam kurikulum universiti mulai tahun ini – PM
Next: Tingkatan 6 dan Matrikulasi diiktiraf sebagai Pendidikan Tinggi bermula tahun ini – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.