Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 10 pensyarah KVB lawat PMU
  • TEMPATAN

10 pensyarah KVB lawat PMU

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Dullah, John, Iskandar bergambar bersama rombongan KVB yang melawat PMU, baru-baru ini.

MUKAH: Seramai 10 pensyarah dari Kolej Vokasional  Bintulu (KVB) melawat Politeknik Mukah Sarawak (PMU) pada Jumaat lalu.

Rombongan  diketuai oleh Timbalan Pengarah (Akademik) KVB, John Atung,  berharap untuk memperolehi pengetahuan  tentang pengurusan jabatan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dan pentaksiran.

Antaran lain adalah pendedahan dalam pengurusan stor, aset dan inventori serta penyelenggaran, penjaminan kualiti dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) dan pelaksanaan projek tahun akhir dan On Job Training.

Sementara itu, Pengarah PMU, Dullah Muluk, yang menyambut kehadiran mereka berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama sedemikan.

“Dengan kerjasama sebegini kita dapat menaikkan nama PMU dan KVB demi untuk memberi semangat dan dimensi baharu untuk pensyarah bengkel Teknologi Awam bagi memantapkan lagi persiapan akreditasi penuh Malaysia Board of Technologists( MBOT),” ujarnya.

Terdahulu, John menjelaskan antara objektif lawatan tersebut adalah bagi memenuhi keperluan akreditasi penuh MBOT untuk menjalankan lawatan penanda aras ke institusi pengajian yang lain dan meningkatkan persediaan pensyarah bengkel dari segi persiapan fail yang berkaitan.

Di samping itu, ia boleh  menambah pengetahuan pensyarah bengkel berkaitan persekitaran bengkel Jabatan Kejuruteraan Awam di PMU.

“ Kerjasama dan bertukar maklumat amat penting demi untuk meningkatkan pengetahuan dan persediaan pensyarah dalam menjayakan akreditasi penuh  MBOT  bagi program Pembinaan di KVB.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Politeknik Mukah,  Iskandar Reduan, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam PMU, Norhayati  Abd. Wahab, Ketua Jabatan Teknologi Awam KV, Plawun Kimli, Ketua Program Teknologi Pembinaan KV, Nurazilla Ahmad Bohari dan pensyarah dari jabatan masing-masing.

Continue Reading

Previous: Gedong bakal membangun pesat
Next: Kebakaran belukar cemaskan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.