Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 10 motosikal ditahan dalam Ops Motosikal sekitar Saratok
  • JENAYAH

10 motosikal ditahan dalam Ops Motosikal sekitar Saratok

Utusan Sarawak 24 hours ago
BSPT IPD Saratok telah menahan 10 motosikal dalam Ops Motosikal yang dijalankan di sekitar Pekan Saratok bermula 12 hingga 29 Jun lalu. Foto: IPD Saratok
 

SARATOK: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok telah menahan sebanyak 10 motosikal dalam Ops Motosikal yang dijalankan di sekitar Pekan Saratok dari 12 hingga 29 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden Polis (DSP) Mathew Maggie berkata, operasi tersebut dijalankan melibatkan kawasan sekitar Jalan Feeder Saratok, Jalan Roban Lama dan pekan Saratok.

“Satu pasukan khas Ops Motosikal telah ditubuhkan yang terdiri daripada anggota BSPT IPD Saratok bagi membanteras aktiviti tidak sihat melibatkan motosikal,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, hasil operasi tersebut, sembilan motosikal ditahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala satu lagi ditahan di bawah Seksyen 64 akta yang sama.

“Selain itu, satu tangkapan turut dibuat di bawah Seksyen 29(1) AKK/Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki memalsukan nombor pendaftaran kenderaan,” jelasnya.

Sepanjang operasi, sebanyak 35 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk pengubahsuaian ekzos dan struktur kenderaan, tiada lesen memandu, ketiadaan cermin sisi, serta nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

DSP Mathew turut menasihati orang awam agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya demi keselamatan semua pihak.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Success of  OP Taring Alpha, OP Taring Bravo, OP Taring Awas and Op Libas  
Next: Lelaki dijinak Tina, lesap RM211,400

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.