Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 10 maut akibat hujan lebat landa Kolkata, timur India
  • GLOBAL

10 maut akibat hujan lebat landa Kolkata, timur India

Utusan Sarawak 4 hours ago

PENUMPANG meredah jalan yang dipenuhi air selepas hujan monsun lebat di Kolkata pada 23 September 2025 lepas. Foto AFP

NEW DELHI: Hujan lebat di Kolkata, timur India meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa, dengan majoriti mangsa dipercayai maut akibat terkena renjatan elektrik, kata pegawai pada Selasa.

Hujan berterusan sejak malam Isnin hingga pagi Selasa menenggelamkan sebahagian besar kawasan sehingga hampir melumpuhkan kehidupan seharian, menjejaskan lalu lintas serta aktiviti penduduk.

Jalan raya digenangi air, manakala kawasan perumahan turut dinaiki air, lapor Xinhua.

Banyak kenderaan terperangkap berjam-jam di beberapa persimpangan utama termasuk Park Circus, Gariahat, Behala dan College Street, manakala perkhidmatan kereta api pinggir bandar dan metro turut terjejas.

Kematian direkodkan dalam beberapa insiden berasingan di Beniapukur, Kalikapur, Netaji Nagar, Gariahat, Ekbalpur, Behala dan Haridevpur.

“Sekurang-kurangnya sembilan daripada kematian itu disebabkan oleh renjatan elektrik,” kata seorang pegawai.

Menurut Jabatan Meteorologi India (IMD), hujan lebat mencecah 251.4 milimeter dalam tempoh kurang 24 jam itu merupakan yang tertinggi sejak 1986 dan keenam tertinggi dalam rekod hujan harian bagi tempoh 137 tahun.

IMD menjelaskan fenomena itu berpunca daripada sistem tekanan rendah di Teluk Bengal.

Kejadian itu turut menjejaskan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Kolkata dengan lebih 100 penerbangan terkesan — 62 dibatalkan dan 42 lagi ditangguhkan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Lubang benam sedalam 50 meter muncul di Daerah Dusit
Next: PBB salahkan jurukamera AS atas insiden eskalator membabitkan Trump, Wanita Pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.