Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di Timur Mexico
  • GLOBAL

10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di Timur Mexico

Utusan Sarawak 7 hours ago
BAS yang membawa puluhan penumpang terjunam ke dalam gaung di Zontecomatlan, Veracruz, Timur Mexico, mengorbankan 10 nyawa dan mencederakan 32 orang. Foto Bernama-Xinhua

Mexico City: Sepuluh orang maut manakala 32 lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di perbandaran Zontecomatlan, Veracruz di timur Mexico, menurut pihak berkuasa tempatan pada Khamis, lapor Xinhua.

Seramai sembilan orang dewasa dan seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan itu, menurut kerajaan perbandaran Zontecomatlan dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya. 

Pihak berkuasa masih meneruskan proses pengesahan identiti mangsa yang terkorban.

Kemalangan berlaku pada Rabu apabila bas yang dikendalikan oleh syarikat Conexion terbabas ketika melalui jalan di utara Veracruz, menurut mangsa terselamat dan petugas kecemasan.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan perubatan, menurut Sekretariat Perlindungan Awam negeri itu menerusi Facebook. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Jepun jalankan eksperimen simulasi siasat perlanggaran pesawat di Haneda
Next: 8 maut bangunan runtuh di Mesir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.