Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 10 mangsa banjir selamat dipindahkan ke PPS Batu Kitang Jaya
  • TEMPATAN

10 mangsa banjir selamat dipindahkan ke PPS Batu Kitang Jaya

Utusan Sarawak 20 hours ago
JBPM Sarawak memindahkan mangsa banjir. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Seramai10 mangsa banjir, terdiri daripadadua lelaki dewasa, empat wanita dewasa dan empat kanak-kanak,berjaya dipindahkan dengan selamatkePusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Nur Hidayah, Kampung Batu Kitang Jaya, semalam.

Pemindahan tersebut dilakukan menerusi operasi khidmat khas yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak di Kampung Batu Kitang Lama, di sini, susulan kenaikan paras air yang menenggelami laluan utama ke kawasan kampung berkenaan.

Operasi itu dikendalikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kota Sentosadengan kekuatan seramai lima anggota, diketuai oleh PBK I Mohd Norarbi Jamain, serta dibantu sebuah jentera RRV.

Operasi pemindahan bermula pada 6.18 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada 8.20 malam.

Turut hadir memantau operasi di lokasi kejadian ialah pegawai kanan JBPM Sarawak, iaitu PPgB James Whellan dan PPgB Mohammad Fazly Ibrahim.

Operasi ini turut melibatkan kerjasama bersepadu bersama agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kekuatan tiga anggota serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)melibatkan lima anggota.

Menurut Laporan Komander Operasi, setibanya pasukan di lokasi, didapati jalan masuk ke Kampung Batu Kitang Lama telah ditenggelami air dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan.

Pasukan bomba kemudiannya menggunakan bot milik penduduk setempat bagi memindahkan mangsa ke kawasan yang lebih tinggi sebelum dibawa ke PPS.

Kesemua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan operasi ditamatkan sepenuhnya tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir Sarawak meningkat, 25 PPS beroperasi  
Next: 2,831 mangsa banjir dipindahkan, 39 PPS aktif di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.