Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • 10 lagu bakal hangatkan malam kemuncak AJL40
  • HIBURAN

10 lagu bakal hangatkan malam kemuncak AJL40

Utusan Sarawak 9 hours ago
DAYANG Nurfaizah dan Aina Abdul. Foto TV3

SHAH ALAM: Teka-teki mengenai barisan finalis Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) akhirnya terjawab apabila 10 lagu diumumkan lolos ke pentas akhir bagi memburu gelaran juara selepas berakhirnya saingan Separuh Akhir baru-baru ini.

Perjalanan ke tahap ini bermula dengan pemilihan 20 karya daripada 30 lagu terbaik sepanjang carta Muzik-Muzik 40 (MM40), sebelum dipertaruhkan secara langsung dari Studio 1 Glenmarie pada 17 dan 18 April 2026 sebagai pentas penentuan ke peringkat akhir.

MARSHA Milan dan Aisha Retno. Foto TV3

Sepanjang dua malam tersebut, setiap naskhah dipersembahkan dengan penuh penghayatan apabila para artis mengorbankan sepenuh jiwa melalui vokal dan penceritaan, sekali gus menyerlahkan identiti tersendiri setiap karya.

Di sebalik kemeriahan pentas, setiap daripadanya dinilai secara teliti oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Dato Acis bersama LY, Ad Samad, Siti Hajar dan Efry Arwis bagi menentukan lagu terbaik ke pentas seterusnya.

WANI Kayrie dan Ryenald Guntabid. Foto TV3

Malam separuh akhir turut diserikan dengan gandingan hos Fiza Frizzy dan Sissy Iman, serta persembahan istimewa oleh Zaki Yamani dan Ahmad Merrah sebagai pembuka pentas malam pertama, diikuti kemunculan Kaka Azraff dan Tuju pada malam kedua.

K.O.I, Luca Sickta, Kmy Kmo dan Salammusik.

Berikut ialah senarai lagu yang berjaya lolos ke pentas akhir AJL40:

  • Lumangad Oku Dika nyanyian Ryenald Guntabid dikompos dan ditulis lirik oleh Ryenald Guntabid.
  • Kamu nyanyian Aina Abdul dikompos dan ditulis lirik oleh Aina Abdul.
  • Cak Cak Cekuk nyanyian Wani Kayrie dikompos dan ditulis lirik oleh Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh.
  • Ke Mana Ni nyanyian Luca Sickta, Kmy Kmo dan Salammusik dikompos oleh Kmy Kmo dan Luca Sickta serta ditulis lirik oleh Kmy Kmo, Luca Sickta dan Salam.
  • Tak Adil nyanyian Aisha Retno dikompos oleh Aisha Retno dan Radi serta ditulis lirik oleh Aisha Retno.
  • Tangisan Seorang Pendosa nyanyian Marsha Milan dikompos oleh Marsha Milan dan ditulis lirik oleh Hazama.
  • Semacam Pandora nyanyian Hazama dikompos oleh Hazama, Zimi, Genervie Kam dan Ritz Metalasia serta ditulis lirik oleh Zel Hadauan.
  • Lemah nyanyian Dayang Nurfaizah dikompos dan ditulis lirik oleh Hael Husaini.
  • Nurcinta nyanyian Amir Masdi dikompos dan ditulis lirik oleh Amir Masdi bersama Edry Abd. Halim.
  • Tiwikarma nyanyian K.O.I.

Melangkah ke pentas akhir, AJL40 kini berada di kemuncaknya dengan menghimpunkan karya terbaik yang mencerminkan kekuatan pelbagai generasi dalam satu pentas berprestij.

AMIR Masdi dan Hazama.

Terus ikuti perkembangan terkini menuju malam kemuncak AJL40 dan sertai perbualan menerusi tanda pagar #SFAJL40 serta #GenerasiSelamanyaJuara. Empat dekad legasi telah terbina, kini tibalah saat penentuan siapa yang bakal mengukir nama dalam lipatan sejarah Generasi Selamanya Juara.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Aktres Malaysia Fish Liew menang pelakon wanita terbaik pada Anugerah Filem Hong Kong
Next: Ailee terima beg Hermès RM41,000 daripada suami selepas gagal IVF pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.