Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 10 kumpulan meriahkan Senamrobik Saberkas Cergas 2025 di Marudi
  • Utara
  • WILAYAH

10 kumpulan meriahkan Senamrobik Saberkas Cergas 2025 di Marudi

Utusan Sarawak 5 days ago
BERSAMA… Kumpulan yang menyertai Senamrobik Saberkas Cergas 2025 rakam kenangan bersama pihak penganjur di Dataran Marudi. Foto: Jiku Juguong

MARUDI: Sebanyak 10 kumpulan menyertai Senamrobik Saberkas Cergas 2025 anjuran Unit Saberkas Pekan Marudi yang berlangsung meriah di Dataran Marudi seawal 7.00 pagi, menjadikannya aktiviti sulung unit tersebut bagi tahun ini.

Pengerusi Unit Saberkas Pekan Marudi, Jik J., berkata program itu bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara pelbagai kaum tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan budaya, selain memberi peluang kepada peserta untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

TAHNIAH… Kumpulan Rhythm Queen dari SMK Marudi diumumkan sebagai Kumpulan Paling Sporting, menerima hadiah disampaikan oleh Setiausaha Saberkas Cawangan Marudi, Nadzarunie Solhi. Foto: Jiku Juguong

“Selain sebagai aktiviti riadah, program ini juga penting untuk menceriakan minda dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti,” jelasnya.

Antara kumpulan yang mengambil bahagian ialah Rhythm Queen SMK Marudi, Gen Z Squad (SMK Marudi), O+G Excellence Team (Hospital Marudi), Timiah Kaw Kaw (JKKK Kampung Narum Marudi), dan JKKK Kampung Cina Marudi.

CERGAS… Antara aksi bertenaga yang dipamerkan oleh kumpulan peserta sepanjang Senamrobik Saberkas Cergas 2025. Foto: Jiku Juguong

Turut serta ialah Sri Gayong (Pertubuhan Seni Silat Gayong Ghaib Marudi), Pendidikan Jasmani dan Rekreasi Marudi, Cottage Fitness & Dance, Amateur Singing Marudi, serta Angkatan Pertahanan Awam Marudi.

UNIK… Kumpulan O+G Excellence Team dari Hospital Marudi dinobatkan sebagai Kumpulan Paling Unik, menerima hadiah daripada wakil penganjur. Foto: Jiku Juguong

Anugerah Kumpulan Paling Unik dimenangi oleh O+G Excellence Team dari Hospital Marudi, manakala Kumpulan Paling Sporting disandang oleh Rhythm Queen dari SMK Marudi. Peserta Paling Veteran pula dimenangi oleh Salbiah Morni.

Sebagai tanda penghargaan, sijil penyertaan akan diberikan kepada semua kumpulan yang menyertai program ini.

Program ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup aktif, malah menjadi platform untuk memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam komuniti.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program motivasi bina jati diri lonjak potensi belia Kenyah di Bintulu
Next: Kehilangan warga emas terus jadi misteri selepas operasi SAR hari keenam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.