Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 10 KMKK DUN Bekenu terima sijil pelantikan rasmi
  • Utara
  • WILAYAH

10 KMKK DUN Bekenu terima sijil pelantikan rasmi

Utusan Sarawak 9 hours ago
TAHNIAH… Datuk Rosey Yunus merakamkan kenangan bersama para KMKK selepas acara penyampaian sijil KMKK di Pejabat Daerah Subis hari ini.

BEKENU: Seramai 10 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), terdiri daripada dua Ketua Masyarakat dan lapan Ketua Kaum dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, menerima sijil pelantikan secara rasmi di sini, hari ini.

Manakala 13 Ketua Kaum sedia ada turut menerima sijil pelanjutan jawatan pada satu majlis yang diadakan di Pejabat Daerah Subis.

Majlis penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus.

Datuk Rosey yang juga ADUN Bekenu turut mengingatkan semua pemimpin komuniti agar melaksanakan tugas dengan adil, penuh komitmen, dan bertanggungjawab sebagai mata dan telinga kerajaan Sarawak.

Beliau menegaskan bahawa peranan KMKK sangat penting dalam memastikan kestabilan, keharmonian dan penyampaian dasar-dasar kerajaan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

“Saya harap semua yang dilantik akan menjalankan tugas dengan sepenuh hati, menjadi penghubung antara rakyat dan kerajaan, serta memantau kebajikan penduduk dengan teliti,” ujar beliau dalam ucapannya.

Pelantikan dan pelanjutan jawatan ini diharap dapat memperkukuhkan lagi struktur kepimpinan di peringkat komuniti dalam memastikan segala isu dan keperluan rakyat terus disampaikan secara berkesan kepada pihak berkuasa.

Sehubunga itu, dua ketua masyarakat baharu ialah Penghulu Kassim Sahak dan Penghulu Masta Dris.

Seterusnya lapan ketua kaum baharu iaitu Tuai Rumah Tr. Edward Asnan (Saeh), Tr. Roslin Muwau Joseph (Bakas), KK Noria Akup (Kayu Kapor), Tr. Nomi Sikun (Saeh), Tr. Rosylind Bani Kupang (Serunggut), Tr. Agnes Lukit Abau (Tanggap), Tr. Beriak Awal (Saeh) dan Sapri Noh (Bukit Bom).

Turut hadir Pegawai Daerah Subis Norlila Ulis dan Pemanca Dr Ali Mudin serta ketua-ketua masyarakat dan kaum setempat.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MTPN Sibu anjur Kempen Derma Darah Sabtu ini
Next: Usahawan Bumiputera Kapit disaran luas jaringan, elak jadi ‘Jaguh Kampung’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.