Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 10 kawasan wabak Rabies
  • TEMPATAN

10 kawasan wabak Rabies

Utusan Sarawak 5 years ago
SIDANG MEDIA… Dr Annuar ketika sidang media di Pejabat Residen Sibu, petang semalam.

SIBU: Semua penduduk yang tinggal di 10 kawasan wabak Rabies dinasihatkan supaya tidak membiarkan anjing peliharaan mereka daripada terus berkeliaran.

Kawasan terbabit ialah Lorong Tunku Abdul Rahman, Lorong Permai Timur 10, Lorong Bahagia Barat 4 di Kampung Bahagia Jaya Teku, Blok N Flat Sibu Jaya dan Rumah Lucy, Batu 11.5 Jalan Oya.

Lorong Hua Kiew 5, Ulu Sungai Merah, Lorong Satria Timur 2, Jalan Sentosa dan Lorong Sanhill Barat 9.

Menteri Muda Pendidik, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapaee berkata, tindakan membiarkan anjing peliharan bekeliaran dikhuatiri menyebabkannya bergaduh dengan anjing liar yang dijangkiti Rabies.

“Akibat pergaduhan dengan anjing liar boleh menyebabkan anjing peliharaan dijangkiti Rabies,” jelasnya dalam sidang media di Pejabat Residen Sibu, petang semalam.

Beliau turut menasihatkan orang ramai termasuk penduduk di 10 kawasan wabak Rabies agar menghubungi Talian Kecemasan Rabies berhubung kehadiran anjing liar. 

“Mereka boleh menghubungi unit penangkapan anjing Majlis Pebandaran Sibu 084-310808/013-8077964 atau Majlis Daerah Luar Bandar Sibu 084-336077/013-8941205.

“Bagi suntikan vaksin percuma, mereka boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Sibu 084-330224/016-2557267,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu turut program pemvaksinan secara percuma bagi anjing bagi kawasan Salim akan dilakukan pada 2 dan 3 Julai, dari jam 9.30 pagi hingga 3.00 petang.

Turut hadir Residen Bahagian Sibu Charles Siaw dan Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr Teh Jo Hun.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Rakyat Sarawak dari Nigeria dikuarantin
Next: PKPP: Enam premis dikompaun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.