Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 10 individu antara ratusan pendaftar SKAS tidak miliki telefon pintar
  • Tengah
  • WILAYAH

10 individu antara ratusan pendaftar SKAS tidak miliki telefon pintar

Utusan Sarawak 4 months ago
TURUN PADANG… Abang Mohamad Porkan (berdiri tiga kiri) turun padang melawat kaunter khidmat pelanggan SKAS anjuran Pejabat Daerah Sibu di Stadium Tertutup Sibu, hari ini.

SIBU: Pembukaan kaunter khidmat pelanggan bagi pendaftaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anjuran Pejabat Daerah Sibu mendapat sambutan baik daripada penduduk di daerah itu.

Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman berkata, kaunter yang dibuka sejak kelmarin hingga hari ini, berjaya membantu seramai 951 orang penduduk mendaftar SKAS.

“Pada hari pertama (kelmarin), jumlah kehadiran pendaftar ialah seramai 362 orang, diikuti hari kedua (semalam) seramai 439 orang, dan hari ini, setakat 11.00 pagi, seramai 150 orang,” jelasnya kepada pemberita, hari ini.

Menurutnya, terdapat lebih 10 orang pengunjung kaunter pendaftaran SKAS tidak memiliki telefon bimbit pintar.

“Pihak kita akan merekodkan maklumat mereka dan menghantarnya kepada Jabatan Premier Sarawak untuk tindakan susulan,” katanya.

Katanya, terdapat beberapa isu yang dihadapi semasa program itu termasuk pengguna terlupa kata laluan mereka, nama pengguna SarawakID, atau telah menukar nombor telefon mereka.  

“Terdapat juga masalah seperti akaun Sarawak Pay perkhidmatan, pengecaman muka mengambil masa yang lama, dan telefon pengguna tidak menyokong aplikasi terkini,” katanya.  

Beliau turut menasihatkan penduduk supaya tidak tergesa-gesa membuat permohonan kerana pendaftaran dibuka sehingga akhir tahun ini.  

“Sekiranya penduduk terlepas peluang untuk memohon semasa program seperti hari ini, mereka boleh mengunjungi UTC, pejabat daerah, atau pusat khidmat wakil rakyat (Dewan Undangan Negeri) masing-masing,” kata beliau lagi.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Sibu, Wee Teck Min. 

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 29 pertubuhan, persatuan Cina terima geran MRP
Next: Penduduk Rumah Liban, Tubai di Ulu Limbang terputus hubungan akibat banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.