Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 10 finalis Mrs Tasik Biru 2025 mara ke peringkat akhir, Shinia James menang Gaun Petang Terbaik
  • TEMPATAN

10 finalis Mrs Tasik Biru 2025 mara ke peringkat akhir, Shinia James menang Gaun Petang Terbaik

Utusan Sarawak 15 hours ago
SERAMAI 10 wanita telah melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Mrs Tasik Biru 2025. Mereka ialah Voon Ngat Jan, Angeletti Amen, Chrisna Entera, Jessica Giang, Annette Diseng, Jennifer Andrew, Ennelia Johnek, Shinia James, Fellicia Pamella dan Shino Chung.

BAU: Seramai 10 wanita telah melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Mrs Tasik Biru 2025 yang akan berlangsung di pentas utama Tasik Biru Resort City, esok.

Dalam pusingan separuh akhir yang berlangsung malam tadi di lokasi yang sama, mereka yang berjaya mara ialah Voon Ngat Jan, Angeletti Amen, Chrisna Entera, Jessica Giang, Annette Diseng, Jennifer Andrew, Ennelia Johnek, Shinia James, Fellicia Pamella dan Shino Chung.

Pemenang utama bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,500 manakala naib juara menerima RM2,000 dan tempat ketiga RM1,500.

Beberapa gelaran sampingan turut dipertandingkan termasuk Gaun Petang Terbaik (Best Evening Gown), Pakaian Tradisional Kontemporari Terbaik (Best Traditional Contemporary Dress), Mrs Fotogenik (Mrs Photogenic), Mrs Badan Cantik (Mrs Body Beautiful) dan Mrs Populariti (Mrs Popularity).

Anugerah Gaun Petang Terbaik telah dimenangi oleh Shinia James, seorang suri rumah berusia 28 tahun dan ibu kepada tiga orang anak.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak penganjur atas peluang ini.

“Saya tidak menjangkakan untuk menang anugerah ini, tapi saya amat menghargainya dan bersyukur kepada Tuhan atas perjalanan ini,” katanya.

Menurut Shinia, gaun yang digayakannya diinspirasikan daripada Miss Universe tetapi diubahsuai mengikut cita rasanya sendiri.

“Semuanya ditempah khas.

“Saya mengupah tukang jahit untuk merealisasikan idea saya dan mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk menyiapkannya,” tambahnya.

Wanita Bidayuh yang berasal dari Kampung Peninjau Baru, Serembu ini turut berkongsi bahawa ini merupakan penyertaan pertamanya dalam pertandingan ratu cantik selepas mendirikan rumah tangga pada 2020.

Sebelum itu, graduan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) ini pernah menyertai beberapa pertandingan kecantikan dan dinobatkan sebagai juara Miss Tasik Biru 2017 serta Kumang Gawai Wilayah Persekutuan Labuan 2018.

Hadir untuk menyempurnakan peringkat separuh akhir Mrs Tasik Biru 2025 adalah Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin dan isteri Datin Chooi Ling Yee.

Turut hadir adalah Pegawai Daerah Bau, Eddy Nayoi.

Pertandingan Mrs Tasik Biru 2025 diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-205 Daerah Bau, Festival Tasik Biru dan majlis perasmian Tasik Biru Resort City.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Renung makna sebenar sambutan Hari Gawai
Next: Pesta Saratok 2025 tersenarai dalam Kalendar Pelancongan Negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.