Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 10 finalis berentap rebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

10 finalis berentap rebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2025

Utusan Sarawak 7 hours ago
UNTUK ALBUM… Kesemua 16 peserta (barisan belakang) ketika menyertai peringkat saringan merakamkan kenangan bersama Uchi (duduk, lima kanan), Senorita (duduk, empat kiri) serta yang lain di Sibu kelmarin.

SIBU: Seramai 10 finalis telah terpilih untuk berentap dalam peringkat akhir merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2025 yang akan diadakan pada malam 24 Mei ini, sempena Majlis Makan Malam Pra Gawai Dayak Sibu 2025.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Gawai Dayak Sibu itu akan berlangsung di Tingkat 6, Hotel Kingwood di sini pada 7.00 malam.

Terdahulu, seramai 16 peserta telah menyertai peringkat saringan yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin, namun hanya 10 peserta terbaik dipilih untuk mara ke peringkat akhir.

Finalis yang terpilih ialah Natasha Malviana Nyandang, Fravelian Jelika Radi, Adreana Filsie Sanau Anselm, Manisha Vyonnie Gelebat, Amenda Alannie Ambrose Luta, Juliana Ungan Merayang, Nelly Mujan Rogelio, Nani Saban, Olivia Ceilo Oliver dan Anesonia Aking.

BAKAL BERENTAP... Sepuluh finalis dipilih untuk berentap dalam peringkat akhir merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2025.

Pemenang gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2025 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, mahkota, selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan, manakala tempat kedua (Lulong) akan menerima RM3,000 beserta selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.

Pemenang tempat ketiga (Selinggar Matahari) pula akan menerima RM2,000 beserta selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan, sementara finalis di tempat keempat hingga ke-10 masing-masing akan membawa pulang RM800 dan sijil penyertaan sebagai hadiah sagu hati.

Pada malam final nanti, peserta akan mengenakan pakaian tradisional ‘Ngepan’ Iban (terbuka) dengan kriteria penilaian merangkumi 50 peratus bagi kecantikan, 30 peratus untuk penampilan ‘Ngepan’ Iban dan 20 peratus untuk susuk badan serta keyakinan diri.

Majlis ini turut dijayakan dengan kerjasama Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu, Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu, Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sibu dan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Sibu.

Majlis berprestij ini dijangka dihadiri oleh Menteri di Pejabat Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai, selaku ‘Tuai Pengabang’ atau tetamu kehormat.

Hadir sama pada peringkat saringan tersebut ialah Pengerusi SIDS Sibu, Angelyn Uchi Maseng, selaku Ketua Jawatankuasa Gawai Dayak Sibu serta Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Kumang Gawai Dayak Sibu 2025, Senorita Salleh.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 30 penduduk gotong-royong bersihkan perkuburan Kampung Kelait
Next: Lily Jugoh raih gelaran Ibu Anggun 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.