Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 10 cedera dalam insiden letupan bombermotifkan
  • GLOBAL

10 cedera dalam insiden letupan bombermotifkan

Utusan Sarawak 5 years ago
Seramai 10 orang termasuk dua kanak-kanak cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, Thailand. • Foto AFP

PATTANI: Sepuluh orang termasuk dua kanak-kanak cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang (waktu tempatan) semalam, sebutir bom buatan sendiri seberat 15 kilogram, diaktifkan dengan walkie-talkie meletup di Jalan Panare-Sai Buri, Pattani.

Ketua Polis Panare, Pol. Kol Liab Promchan berkata bom itu menyasarkan enam anggota renjer yang sedang menjalani rondaan dengan menaiki tiga buah motosikal.

“Letupan bom itu mencederakan enam anggota renjer termasuk dua cedera parah. Kekuatan letupan bom turut menyebabkan empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak yang berada di tempat kejadian turut mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi.

Liab tidak menolak kemungkinan letupan bom itu bermotifkan dendam susulan kematian seorang anggota militan dalam satu pertempuran di Kg Rawo, Panare minggu lepas.-Bernama

Continue Reading

Previous: Banjir ‘tenggelamkan’ Sulawesi
Next: Bill Stepien dilantik pengurus baharu kempen AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.