Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 1.6 juta jatuh sakit setiap hari akibat makanan tidak selamat -WHO
  • GLOBAL

1.6 juta jatuh sakit setiap hari akibat makanan tidak selamat -WHO

Utusan Sarawak 2 days ago
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO).

GENEVA: Seramai 1.6 juta orang di seluruh dunia jatuh sakit pada setiap hari akibat makanan yang tidak selamat, menurut amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sambil menggesa usaha global dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan makanan melalui dasar dan amalan berasaskan sains, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Keselamatan makanan adalah tanggungjawab global,” kata saintis di Jabatan Pemakanan dan Keselamatan Makanan WHO Simone Moraes Raszl, semasa taklimat media Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva menjelang Hari Keselamatan Makanan Sedunia Sabtu ini.

“Penyakit ini boleh dicegah dan sains untuk mencegahnya sudah wujud. Apa yang kita perlukan ialah tindakan – tindakan yang diselaraskan, berasaskan bukti dan inklusif,” katanya.

Raszl menegaskan bahawa tanggungjawab terhadap keselamatan makanan terletak pada semua sektor dalam masyarakat.

Pembuat dasar perlu melabur dalam peraturan berasaskan sains dan sistem data yang kukuh; perniagaan makanan perlu mengamalkan prosedur keselamatan yang ketat dan mengutamakan ketelusan; institusi akademik harus terus berinovasi dan mendidik manakala pengguna pula perlu sentiasa peka dan mengamalkan pengendalian makanan secara selamat di rumah.

“Setiap daripada kita adalah pengurus risiko. Kerana jika ia tidak selamat, ia bukan makanan,” katanya.

– Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: China lancar Visa ASEAN untuk 10 negara ASEAN, Timor-Leste
Next: Musk dan Trump mula berbalah, kecam rang undang-undang cukai 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.