Pochettino ‘gembira’ Mourinho jadi penganti

KAWAN lama: Jose Mourinho dan Mauricio Pochettino. – Foto AFP

LIGA PERDANA INGGERIS

MAURICIO Pochettino semalam menegaskan bahawa dia ‘gembira’ Jose Mourinho menggantikan tempatnya sebagai pengurus Tottenham Hotspurs.

Mourinho mengambil alih jawatan pada bulan November walaupun Pochettino telah menikmati kejayaan selama lima setengah tahun  memimpin pasukan dari London itu.

“Saya sangat gembira kerana dia berada di Tottenham, menggantikan saya,” akui Pochettino yang kini secara rasmi keluar daripada gaji di Spurs setelah cuti selama enam bulan beliau berakhir.

Itu membiarkannya bebas untuk mengambil pekerjaan lain tanpa perlu bimbang bakal majikan harus membayar pampasan.

“Dan tentu sahaja saya juga gembira meninggalkan kelab dengan cara yang kami tinggalkan, dengan semua kemudahan yang terbaik di dunia.

“Yang pasti, dia sangat berterima kasih atas cara kami membantu membina kelab, yang kini menjadi kelabnya.”

Potchettino teringat bagaimana dia dan Mourinho menjalin hubungan yang erat selama mereka sebagai saingan dalam La Liga Sepanyol.

“Dengan Jose, kami sudah saling kenal lama,” jelasnya.

“Ketika saya menjadi jurulatih Espanyol, dan dia di Real Madrid, kami mempunyai hubungan yang sangat baik.

“Dia jurulatih terkemuka. Dan dalam hidup, lihatlah apa yang terjadi. Saya selalu fikir saya akan menggantikannya.

“Dia berada di Real Madrid. Saya berkata, ‘Oh, mungkin suatu hari saya dapat menggantikan tempat anda di Real Madrid’, dan melihat bagaimana kehidupannya! Dia telah menggantikan tempat saya di Tottenham. Tidak percaya, eh?” – AFP