Pemilik bistro diarah patuhi PKPB

AMARAN… Operator dan pelanggan diberi amaran supaya mematuhi PKPB semasa beroperasi.

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Aidi Ismail mengingatkan pemilik bistro supaya mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa beroperasi.

Beliau berkata, sebuah bistro di Gala City di sini diarahkan tutup pada malam Khamis lalu kerana beroperasi tanpa lesen.

Bagaimanapun, tiada sesiapa yang ditangkap dalam operasi tersebut.

Kes tersebut, menurut beliau dirujuk kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk tindakan lanjut.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di dalam satu kenyataan pada Khamis lau membenarkan bistro untuk beroperasi tetapi karaoke dan live band tidak dibenarkan.

Semalam, polis menyerbu sebuah bistro di Gala City setelah menerima aduan.

Pengadu berkata, bistro tersebut tidak membuat penjarakkan sosial dan penuh dengan pelanggan.

Pemilik bistro tersebut kemudian membuat kenyataan di laman media sosial bahawa adalah sukar untuk membuat perniagaan ekoran wabak Covid-19.